UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Myazaitul Akma Mohammad
Title :Hubungan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran terhadap prestasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut Perak (IR)
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran dengan prestasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak. Pembolehubah bebas ialah persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran. Pembolehubah bersandar pula ialah prestasi pelajar yang dinilai melalui keputusan peperiksaan akhir semester (CGPA). Seramai 160 orang responden daripada pelajar semester akhir program Teknologi Kejuruteraan sesi Jan-Jun 2012 telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soal-selidik yang menggunakan instrumen What Is Happening In This Classroom (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser (1996) dan diubahsuai (Aldridge dan Fraser, 2000) bagi mengukur faktor persekitaran bilik darjah. Instrumen The Mathematics And Technology Instruments Attitutes Scale (MTAS) yang dibangunkan oleh Pierce at el (2007) pula mengukur faktor sikap pembelajaran. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenalpasti tahap persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran pelajar. Independent Sample t-test dan ANOVA pula digunakan untuk melihat perbezaan faktor demografi iaitu jantina, umur dan semester dengan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran. Hubungan antara WIHIC dan MTAS dengan prestasi pelajar dianalisis menggunakan ujian Korelasi Pearson. Ujian regresi pelbagai dijalankan bagi menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi prestasi pelajar. Hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaanjantina dan umur dengan WIHIC dan MTAS. Namun begitu, wujud perbezaan antara semester dengan WIHIC. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara WIHIC dan MTAS dengan prestasi pelajar. Sikap merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pre stasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)